Wednesday 30 July 2014

GAZA Diratah Rejim Zionis-Israel : Sikap Umat Islam yang Mengecewakan

Sudah tidak ada lagi perkataan yang dapat diungkapkan untuk mengambarkan bagaimana penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh umat Islam di GAZA akibat daripada kekejaman rejim Zionis-Israel. Entah bagaimana lagi suara tangisan yang perlu dilaungkan oleh anak-anak kecil GAZA yang kehilangan ibu bapa agar dapat menyentuh hati-hati umat Islam diseluruh dunia supaya mengerti penderitaan dan kesengsaraan yang sedang mereka alami.




Jenis kekejaman apa lagi yang perlu dilakukan oleh Rejim Zionis-Israel untuk membuktikan kekejaman mereka terhadap umat Islam Palestin. Berapa ramai lagi umat Islam Palestin yang perlu dibunuh oleh Rejim Zionis-Israel untuk membuktikan mereka adalah pembunuh yang kejam, dan berapa banyak lagi kediaman umat Islam Palestin yang perlu dirampas oleh Rejim Zionis-Israel agar umat Islam diseluruh dunia menyedari bahawa Rejim Zionis-Israel adalah perampas dan penjajah tanah suci umat Islam. Berapa ramai?!!! Berapa banyak?!!!


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah adalah rakan sekongkol Rejim Zionis-Israel. Negara haram Israel wujud di tanah suci Palestin adalah hasil perancangan British-PBB-Amerika Syarikat. Sandirwara apa lagi yang perlu mereka lakukan untuk membuktikan bahawa mereka adalah rakan sekongkol Rejim Zionis-Israel. Persidangan dan Perjanjian SAMPAH! apa lagi yang perlu mereka anjurkan untuk menunjukkan tanduk iblis yang terpacak di kepala mereka. Entah dimana letaknya KEPALA OTAK! umat Islam yang mengharapkan PBB, Amerika Syarikat dan Negara-negara Eropah untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin.

Retorik dan lakonan apa lagi yang perlu dilakonkan oleh pemimpin-pemimpin Arab dan Turki untuk membuktikan mereka adalah PENGKHIANAT! umat Islam Palestin dan KERBAU! kepada Amerika Syarikat. Anugerah PELAKON! apa lagi yang perlu dimenangi oleh pemimpin seperti Recep Tayyip Erdoğan untuk membuktikan kehebatan lakonannya terhadap umat Islam GAZA. 

Kitab apa lagi yang belum dikaji oleh para ulama masa kini hingga masih GAGAL! menemui penyelesaian hakiki yang tunjukkan oleh Islam terhadap masalah umat Islam di Palestin. Ajaran dari agama mana pula yang mereka pegang untuk berdiam diri terhadap sikap bacul dan pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpim-pemimpin umat Islam terhadap  umat Islam Palestin. Ilmu Sains Politik apa yang dipelajari oleh para Ilmuan Islam sehingga mengajarkan bahawa kekejaman Israel mesti diselesaikan di meja RUNDINGAN!. Mana hilangnya rasional pemikiran mereka sebagai golongan Ilmuan dalam melihat konflik yang sedang berlaku dibumi Palestin. Cabang dari ilmu mana yang mengajarkan bangsa yang dijajah dan ditindas seperti umat Islam Palestin perlu berunding dengan perampas dan pembunuh kejam seperti Zionis-Israel untuk mendapatkan semula keadilan dan hak yang telah dirampas.

Mazhab dari ajaran mana yang menuntut umat Islam untuk menghulurkan bantuan kemanusian dan memboikot barangan keluaran Zionis-Yahudi SAHAJA bagi MENYELESAIKAN penderitaan dan kesengsaraan yang sedang dialami oleh umat Islam di Palestin. Entah apa yang telah dimakan oleh umat Islam sehingga otak mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan memahami bahawa Jihad (Perang) merupakan penyelesaian yang dituntut oleh ajaran Islam terhadap penjajahan dan kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionis-Israel terhadap umat Islam Palestin.

Wahai Para Tentera Umat Islam! Berapa banyak lagi pinggan nasi yang kalian perlukan agar kalian punya kudrat untuk mengangkat senjata???! Latihan jenis apa lagi yang kalian perlukan agar tahu untuk menggunakan senjata???! Jenis persenjataan apa lagi yang kalian perlukan agar kalian punya keberanian untuk berhadapan dengan tentera Zionis-Israel???! Ataukah kalian hanya punya keberanian apabila hendak menangkap sesama umat Islam???! Ataupun kalian sememangnya adalah tentera yang dilatih untuk menjadi TUKANG PACAK! Jika itulah jenis kalian, bikin habis BERAS saja!!!

Selagi umat Islam tidak ingin menyelesaikan isu GAZA (Palestin) dengan penyelesaian Islam iaitu JIHAD, maka, selagi itulah saban tahun Ramadhan dan Syawal umat Islam akan dipertontonkan kekejaman demi kekejaman Rejim Zionis-Israel terhadap umat Islam di Palestin. Sampai bila? Sampai bila? Wahai umat Islam. Takutlah kepada hari pengadilan Allah SWT diakhirat kelak, apabila anak-anak Palestin mengadu dihadapan Allah SWT bahawa umat Islam telah mengabaikan mereka. Oleh itu, kerahkanlah segenap usaha agar para tentera umat Islam dapat dikerahkan untuk melindungi uma Islam di GAZA daripada kekejaman Penjajah dan Perampas Rejim Zionis-Israel.

Anda Juga Mungkin Meminati

1. Sistem Ekonomi Islam Mewujudkan Kehidupan Yang Sejahtera  
2. Krisis Iraq : Matlamat dan Strategi Amerika Syarikat

No comments:

Post a Comment