Tuesday 8 April 2014

Tragedi MH370 : Cabaran Mendatang Bagi Malaysia



Kehilangan Pesawat MH370 sejak sebulan yang lepas akan terus menjadi misteri selagi masih belum ada penemuan yang benar-benar konkrit bagi memberikan jawapan terhadap kehilangannya. Selepas dua minggu lebih kehilangan Pesawat MH370, barulah Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bertumpu sepenuhnya di Selatan Lautan Hindi, iaitu kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth, Australia. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Usaha pencarian di Lautan Hindi diketuai oleh Kerajaan Australia yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai Wakil Bertauliah. Operasi SAR yang diketuai oleh Kerajaan Australia turut disertai oleh 26 buah negara termasuklah  Amerika Syarikat, China dan 'Abang Kandung' Amerika Syarikat sendiri iaitu United Kingdom serta beberapa buah negara-negara yang lain.

Oleh kerana kawasan pencarian terletak di kawasan yang sangat mencabar dan Malaysia tidak mempunyai aset-aset yang berkeupayaan melakukan operasi tersebut, maka kerajaan Malaysia terpaksa bergantung kepada bantuan kepakaran dan aset-aset yang dimiliki oleh negara-negara yang terlibat. Oleh itu segala keputusan atau penilaian yang dibuat oleh Malaysia terpaksa bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh wakil bertauliah yang mengetuai Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) iaitu Kerajaan Australia. Hakikatnya Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain daripada melantik 'Geng' Amerika Syarikat iaitu Kerajaan Australia sebagai Wakil Bertauliah untuk mengetuai Operasi SAR di Selatan Lauatan Hindi.
 
Dalam kesungguhan dan komitmen yang tinggi kerajaan Malaysia terhadap Operasi SAR MH370, harus juga disedari bahawa 'pertolongan' atau 'bantuan' yang diterima daripada negara-negara barat dalam Operasi SAR MH370 merupakan satu cabaran besar yang bakal dihadapi oleh Malaysia. Ini kerana, ‘pertolongan’ dan ‘bantuan’ yang terima oleh Malaysia dalam Operasi SAR MH370 kebanyakannya dihulurkan oleh negara-negara yang terkenal sebagai negara pembuli dan penindas serta tangan mereka masih berlumuran dengan darah umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Xinjiang.  

Oleh itu, pihak kerajaan harus sentiasa memastikan agar 'pertolongan' atau 'bantuan' yang diberikan oleh negara-negara yang terlibat dalam Operasi SAR MH370 khususnya kuasa-kuasa barat seperti Amerika Syarikat, tidak mengambil kesempatan daripada  'pertolongan' atau 'bantuan' yang mereka berikan untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia ataupun menggunakan 'pertolongan' atau 'bantuan' yang diberikan untuk menggukuhkan cengkamannya terhadap Malaysia.

‘Pertolongan’ atau ‘bantuan’ yang dihulurkan tidak boleh sama sekali mengkaburi Kerajaan Malaysia sehingga melupai  bahawa negara-negara barat yang ada pada hari ini khususnya Amerika Syarikat dapat menjadi negara yang paling kuat di dunia serta mampu menghasilkan teknologi yang serba canggih adalah kerana ideologi Kapitalism yang diamalkannya. Tanpa ideologi Kapitalism, Amerika Syarikat tidak akan dapat menjadi negara seperti yang ada pada hari ini. Ideologi Kapitalismlah yang menjadi pemandu dalam membentuk setiap dasar dan tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.


Ideologi kapitalism merupakan ideologi yang lahir daripada kepercayaan yang berasaskan manfaat. Manfaat merupakan perkara yang paling utama dan paling tinggi dalam setiap pertimbangan atau tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat selaku peneraju ideologi Kapitalism pada masa kini. Manfaat mengatasi segala-galanya termasuklah dalam hal ketuhanan dan kemanusian. Begitulah kedudukan manfaat dalam ideologI kapitalism, ini kerana kemadirian kapitalis hanya akan dapat bertahan jika manfaat terus menjadi keutamaan yang paling tinggi dalam setiap pertimbangan dan tindakan yang dilakukan. Ideologi kapitalismlah yang mendorong Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain untuk sentiasa bersedia memberikan ‘bantuan’ kepada mana-mana negara yang sedang dilanda masalah.

‘Bantuan’ merupakan umpan yang paling ‘sedap’ untuk memerangkap negara-negara lain untuk dijadikan mangsa. Kerana bantuanlah British dengan mudah dapat mengambil Pulau Pinang daripada Kerajaan Kedah, kerana bantuanlah British dapat meluaskan penjajahannya di Negeri Perak serta Negeri-negeri Malayu yang lain, kerana bantuan jugalah James Brooke dengan mudah dapat merampas Sarawak daripada Kerajaan Brunei. Kerana bantuanlah tentera Mesir terus tunduk kepada telunjuk Amerika Syarikat, dan kerana bantuan jugalah pemerintah Arab Saudi terus menghambakan diri dengan Amerika Syarikat.  

Sikap kemanusian atau keprihatinan yang ditunjukkan oleh Amerika Syarikat selaku peneraju ideologi kapitalism hanyalah sebahagian daripada tindakan yang perlu dilakukan untuk menjaga kemandirian ideologi kapitalism. Sikap kemanusiaan atau keprihatinan akan ditolak ketepi jika ianya mengancam atau menghalang daripada manfaat diperolehi. Lihatlah bagaimana Amerika Syarikat telah menghancurkan leburkan negara seperti Afganistan dan Iraq,  ratusan ribu nyawa telah menjadi korban dan jutaan lagi yang hidup menderita.


No comments:

Post a Comment